Penguatkuasaan pelitup muka SIRIM ditangguhkan sekali lagi

Tarikh penguatkuasaan bagi mendapatkan sijil penandaan pelitup muka bukan perubatan daripada SIRIM QAS International Sdn Bhd ditangguhkan sekali lagi kepada 1 Julai depan.
Tarikh penguatkuasaan bagi mendapatkan sijil penandaan pelitup muka bukan perubatan daripada SIRIM QAS International Sdn Bhd ditangguhkan sekali lagi kepada 1 Julai depan.
A
A
A

PUTRAJAYA - Tarikh penguatkuasaan bagi mendapatkan sijil penandaan pelitup muka bukan perubatan daripada SIRIM QAS International Sdn Bhd ditangguhkan sekali lagi kepada 1 Julai depan.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menerusi kenyataan memaklumkan, penangguhan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Pelitup Muka Bukan Perubatan) 2022 itu bagi memberi peluang kepada lebih ramai pengeluar dan pengedar di negara ini untuk mendapatkan sijil penandaan tersebut.

Sebelum ini, perintah berkenaan telah dikuatkuasakan pada 4 Julai tahun lalu.

Walau bagaimanapun, berdasarkan kepada pengumuman KPDN pada 7 April 2022, tarikh penguatkuasaan perintah ini ditangguhkan sehingga 1 Januari 2023.

"Dalam tempoh tersebut, KPDN telah mengambil pendekatan pendidikan yang mana aktiviti penguatkuasaan dan tindakan hukuman tidak dilakukan kepada syarikat atau individu yang mengedar, mengeluar dan menjual pelitup muka bukan perubatan yang tidak mempunyai perakuan standard yang ditetapkan," kata kementerian itu.

KPDN berkata, pihaknya akan mengadakan larangan import terhadap pelitup muka bukan perubatan yang tidak mempunyai standard perakuan seperti telah ditetapkan.

"Kerajaan percaya tempoh sehingga hujung Jun 2023 ini adalah mencukupi bagi pihak pengeluar dan pengedar untuk memperoleh standard perakuan pelitup muka bukan perubatan yang dijual dalam negara," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!