46 pemain golf remaja Pahang berentap

Kejohanan yang bakal mencungkil bakat baharu sukan golf di Pahang.
Kejohanan yang bakal mencungkil bakat baharu sukan golf di Pahang.
A
A
A

SERAMAI 46 peserta berentap dalam Kejohanan Golf Remaja Tertutup Pahang 2023 di Kelab Golf Royal Pahang (RPGC) yang bermula Selasa hingga Rabu.

Pengarah Majlis Sukan Pahang (MSP), Zamri Hassan memberitahu, kejohanan itu dianjurkan oleh MSP dengan kerjasama Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan RPGC.

Menurutnya, dua kategori dipertandingkan iaitu peringkat umur 13 hingga15 dan 16 hingga18 tahun bagi acara lelaki dan wanita.

"Ini merupakan inisiatif kerajaan negeri Pahang bagi melahirkan lebih ramai pemain golf terbaik negeri ini dan pemain terbaik kejohanan akan diserapkan dalam Akademi Golf Pahang.

"Justeru, kita mengharapkan lebih ramai atlet-atlet muda golf tampil seterusnya berani mencabar diri untuk menyertai kejohanan kompetitif selepas ini," kata beliau.

46 pemain remaja berentap dalam kejohanan itu yang bermula sejak Selasa.
46 pemain remaja berentap dalam kejohanan itu yang bermula sejak Selasa.

Ujar Zamri, MSP melalui Akademi Golf Pahang bakal menyediakan lebih banyak platform untuk atlet-atlet menyerlahkan bakat mereka seterusnya bakal menjadi pemain golf terbaik negara.

Akademi Golf Pahang telah dilancarkan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail pada 25 Ogos tahun lalu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!