China labur lebih AS$200 bilion di Malaysia

Rui (tiga dari kanan) bersama Mohd Huzaimy (dua dari kanan) ketika sambutan ulang tahun ke-10 Belt and Road Initiative (BRI) di Padang Halban, Peringat, Kota Bharu pada Rabu.
Rui (tiga dari kanan) bersama Mohd Huzaimy (dua dari kanan) ketika sambutan ulang tahun ke-10 Belt and Road Initiative (BRI) di Padang Halban, Peringat, Kota Bharu pada Rabu.
A
A
A

KOTA BHARU - Jumlah pelaburan China di negara ini melebihi AS$200 bilion sejak setahun lalu.

Menteri Kedutaan China ke Malaysia, Tang Rui berkata, pelaburan itu secara tidak langsung menjadi batu loncatan dalam mengukuhkan lagi hubungan perdagangan antara kedua-dua negara.

"Pelaburan ini sangat baik kerana Malaysia mempunyai jumlah populasi penduduk yang ramai dan banyak manfaat akan diperoleh kedua-dua negara," katanya semasa sidang akhbar pada Rabu.

Sebelum itu, beliau merasmikan sambutan ulang tahun ke-10 Belt and Road Initiative (BRI) di Padang Halban, Peringat di sini.

Hadir sama, Timbalan Exco Pentadbiran Awam, Pembangunan Wilayah, Kesejahteraan Masyarakat dan Integriti, Mohd Huzaimy Che Husin dan Pengerusi Kelab Laluan Sutera Malaysia, Samuel Lee.

Menurut beliau, pada masa sama kerjasama ini juga turut memberi manfaat kepada negara-negara di rantau Asia Tenggara.

Ujarnya, sejak China membuka sempadan banyak syarikat-syarikat dari negara berkenaan telah melabur di Malaysia.

Rui memberitahu, secara tidak langsung ia membuka peluang ekonomi yang lebih besar kepada rakyat negara ini.

"Saya harap hubungan antara kedu-dua negara ini akan terus kekal terjalin pada masa akan datang.

"Saya percaya lebih banyak pelaburan yang akan dibawa masuk ke negara ini," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!