MBAS cadang laksana 'flexi parking'

Mohd Yusri
Mohd Yusri
A
A
A

ALOR SETAR - Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) bercadang melaksanakan ‘Flexi Parking’ iaitu sistem bayaran tempat letak kereta menggunakan telefon pintar dalam tempoh terdekat.

Datuk Bandar Alor Setar, Mohd Yusri Md Daud berkata, sistem berkenaan akan menjadi kaedah alternatif kepada penggunaan kupon tempat letak kereta ketika ini.

"Insya-ALLAH, kita akan buat (laksana) 'flexi parking' bermula pada bulan depan. Sekarang ini, mungkin kita akan cuba bagi penerangan terlebih dahulu.

"Kita akan mula sistem di dalam kawasan letak kenderaan kita (MBAS) iaitu di daerah Kota Setar dan juga di daerah Pokok Sena yang telah pun digazetkan sebagai kawasan tempat letak kereta," katanya pada Rabu.

Mohd Yusri memaklumkan, sistem yang akan diperkenalkan terbabit menggunakan aplikasi telefon mudah alih yang membolehkan imbasan nombor plat kenderaan pengguna dilakukan.

Menurutnya, pengguna kemudiannya akan dimaklumkan jumlah bayaran tempat letak kenderaan perlu dijelaskan melalui aplikasi terbabit.

Dalam perkembangan sama, beliau menyatakan, inisiatif bakal diperkenalkan bagi memudahkan pengguna terbabit merupakan sebahagian usaha MBAS menyokong perlaksanaan 'Kedah Cashless' diperkenalkan kerajaan negeri pada baru-baru ini.

Sehubungan itu, kata Mohd Yusri, MBAS sendiri sedikit demi demi sedikit akan memulakan usaha ke arah penggunaan bayaran tanpa tunai termasuklah melalui flexi parking itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!