Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

[WACANA SINAR] Bajet Anwar: Jangkaan vs realiti

22 Februari 2023 | Wacana
A
A
A
[WACANA SINAR] Bajet Anwar: Jangkaan vs realiti

Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan pada 24 Februari ini, sememangnya ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia susulan pertukaran kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November tahun lalu.

Belanjawan 2023 digambarkan bakal menggariskan tindakan lebih radikal menjadi cabaran besar kepada kerajaan perpaduan terutama aspek kos sara hidup yang membelenggu semua golongan bukan sahaja B40 serta usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara menerusi keyakinan pelabur.

Namun, paling utama, adakah Belanjawan 2023 berupaya memberi rahmah kepada rakyat secara menyeluruh dan mengembalikan harapan mereka terhadap Kerajaan Perpaduan?

Sempena Belanjawan 2023, ikuti diskusi Wacana Sinar siri 385 ‘Bajet Anwar: Jangkaan vs realiti’ bersama Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh dan Penganalisis Ekonomi Putra Business School, Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff pada Selasa, 21 Februari 2023, jam 8.30 malam secara langsung di media sosial Sinar Harian.

Muzik: Hardway by TURPAK

#WacanaSinar

#SinarUntukMalaysia

#SinarHarian