Pegawai bomba sertai misi ke Turkiye pulang Khamis, Sabtu

Dua pasukan bomba yang menyertai misi bantuan kemanusiaan ke Turkiye dijadualkan pulang ke tanah air pada Khamis dan Sabtu ini.
Dua pasukan bomba yang menyertai misi bantuan kemanusiaan ke Turkiye dijadualkan pulang ke tanah air pada Khamis dan Sabtu ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dua pasukan bomba yang menyertai misi bantuan kemanusiaan ke Turkiye bagi membantu mangsa gempa bumi, dijadualkan pulang ke tanah air secara berperingkat pada Khamis dan Sabtu ini.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, pasukan pertama akan pulang pada Khamis melibatkan 30 pegawai dan pada Sabtu seramai enam pegawai.

“Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah menghantar 36 pegawai menyertai misi ke Turkiye dan dua ekor anjing pengesan (K9) iaitu Denti dan Frankie.

“Pasukan pertama misi bantuan ke Turkiye telah berlepas pada 6 Februari lalu yang disertai oleh enam pegawai bomba iaitu dua pegawai HAZMAT dan empat pegawai Unit Pengesan K9 yang menjalakan misi di Kahraman Maran, BLV,” katanya pada sesi penggulungan perbahasan Titah Diraja bagi Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan di Dewan Rakyat pada Rabu.

Jelas Kor Ming, pasukan kedua telah berlepas pada 9 Februari yang disertai oleh 30 pegawai bomba iaitu 16 orang pegawai STORM, lapan pegawai EMRS, dua pegawai unit dron dan dua pegawai Unit Pengesan K9 serta dua ekor anjing pengesan.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pegawai yang terlibat dalam misi bantuan kemanusiaan itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!