Harga petrol, diesel kekal dari 23 Februari hingga 1 Mac
Harga RON97 kekal pada RM3.35 seliter, RON95 (RM2.05) dan diesel (RM2.15).. - Gambar hiasan
A
A
A
Dalam satu kenyataan pada Rabu, Kementerian Kewangan (MoF) berkata, RON97 kekal pada RM3.35 seliter, RON95 (RM2.05) dan diesel (RM2.15).
MoF berkata, bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga minyak, kerajaan akan mengekalkan harga siling RON95 pada RM2.05 seliter dan diesel pada RM2.15 seliter, biarpun harga pasaran untuk kedua-dua produk telah meningkat melebihi harga siling semasa.
"Kerajaan akan terus memantau harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan kesejahteraan dan kebajikan rakyat terus terjaga,” menurut kenyataan itu. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!