Dr Zaliha akan tangani isu libatkan KKM
SHAH ALAM – Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustapha akan berusaha menangani isu-isu yang melihatkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Perkara tersebut dimaklumkan beliau setelah mendapat pandangan, maklum balas yang diberikan sepanjang sesi townhall yang diadakan pada Rabu.
Menurut kenyataan media yang dikeluarkan KKM, antara isu berbangkit adalah berkaitan doktor kontrak, penambahbaikan fasiliti kesihatan awam, kekurangan doktor di Jabatan Kecemasan, penambahbaikan laluan kerjaya pegawai perubatan dan isu-isu teknikal lain.
“Seramai kira-kira 350 orang doktor yang terdiri daripada pegawai perubatan kerajaan menghadiri sesi townhall yang diadakan di KKM, Putrajaya.
“Sesi townhall yang dianjurkan bersama Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) ini bertujuan bagi mendapatkan pandangan, maklum balas dan cadangan daripada anggota perubatan berhubung pelbagai perkara,” katanya.
Dr Zaliha turut mengucapkan terima kasih kepada para pengawai perubatan yang hadir dan memberi komitmen.
Jelas KKM, tiada doktor yang akan dikenakan tindakan tatatertib kerana mengadiri sesi tersebut.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!