Lebih 57 mangsa hilang lombong arang batu runtuh di China

Lombong arang batu runtuh di wilayah Monggolia. - Agensi
Lombong arang batu runtuh di wilayah Monggolia. - Agensi
A
A
A

BEIJING - Sekurang-kurangnya 57 orang didapati hilang selepas lombong arang batu runtuh di wilayah Monggolia, utara China, lapor media kerajaan.

Agensi media CGTN melaporkan, insiden berlaku di Liga Alxa di bahagian barat wilayah tersebut manakala agensi berita Xinhua menambah, tiga orang berjaya dibawa keluar dari lombong itu selain dua lagi didapati tidak sedarkan diri.

Sehingga kini, pasukan penyelamat sudah dikejarkan ke lokasi kejadian.

Stesen penyiar CCTV melaporkan bahawa runtuhan berlaku di kawasan luas, iaitu sebuah lombong arang batu yang dikendalikan Syarikat Perlombongan Arang Batu Xinjing.

"Sejumlah pekerja dan kenderaan telah tertimbus," lapor CCTV.

Ciri keselamatan lombong di China telah dipertingkatkan sejak beberapa dekad. Namun, kejadian lombong runtuh masih berlaku di republik itu.

Disember lalu, kira-kira 40 orang pekerja maut selepas lombong emas runtuh di wilayah barat laut Xinjiang.

Pada 2021, seramai 20 pelombong berjaya diselamatkan bencana banjir dalam lombong arang batu di wilayah utara Shanxi. - AFP

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!