Tali Pinggang Johari Ghani ‘panas’

Johari (dua dari kanan) dan Presiden Kelab Muay Thai Kuda Merah, Rosli Yaacob (dua dari kiri) memegang Tali Pinggang Johari Ghani yang menjadi rebutan pada Kejohanan Kuda Merah Muay Thai Antarabangsa 2023.
Johari (dua dari kanan) dan Presiden Kelab Muay Thai Kuda Merah, Rosli Yaacob (dua dari kiri) memegang Tali Pinggang Johari Ghani yang menjadi rebutan pada Kejohanan Kuda Merah Muay Thai Antarabangsa 2023.
A
A
A

TALI Pinggang Johari Ghani antara kejuaraan yang menjadi idaman setiap petinju Kejohanan Kuda Merah Muay Thai Antarabangsa yang menyingkap tirai di Stadium Titiwangsa minggu ini.

Edisi 2023 kali ini menyaksikan kejuaraan itu menemukan petinju Kelab Tomoi Kuda Merah PDRM, Amirul Ariffin atau Ban Mero Kuda Merah menentang jagoan muay Thai dari Thailand, Chon Ra San.

Menyifatkannya ia satu penghormatan kepadanya apabila diberikan tanggungjawab untuk misi itu, Ban Mero yang empat tahun menjadi jurulatih muay Thai PDRM di Pulapol Kuala Lumpur mengakui teruja untuk kembali beraksi di arena sukan tempur lasak berkenaan.

“Sejujurnya saya telah bersedia 100 peratus untuk berdepan Chon Ra San bagi kejuaraan Tali Pinggang Johari Ghani.

“Biarpun di depan para penyokong sendiri, saya tidak akan memandang mudah cabaran pesaing saya pada hari perlawanan.

“Saya berjanji akan memberikan tentangan sengit kepada lawan demi panji Polis Diraja Malaysia, selain mengharapkan doa serta sokongan rakyat Malaysia,” katanya kepada Sukan Sinar yang turut berharap penyokong dari Kelantan, Kuala Lumpur dan PDRM akan memenuhi Stadium Titiwangsa.

Selain kelibat Ban Mero, dua petinju Kuda Merah PDRM juga turut menggalas cabaran berdepan petinju Gajah Perang tersebut, menyaksikan Rahim Apollo menentang Totok manakala Mat Ropi menanti saingan Khun Sek.

Untuk rekod, sebanyak 10 tali pinggang dipertandingkan sepanjang kejuaraan dua hari yang melibatkan 28 petinju.

Edisi 2023 ini juga menyaksikan satu regu kanak-kanak akan bertarung merebut tali pinggang sebagai aksi pembuka tirai kejohanan.

No Image Caption

Untuk rekod, Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa dijangka hadir ke Stadium Titiwangsa sambil diiringi 100 motosikal berkuasa tinggi dari Kuala Lumpur Bike Club (KLBC)

Tali pinggang Sinar Harian juga akan dipertandingkan pada hari pertama kejohanan yang bermula pada 24 dan 25 Februari ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!