'Kami bukan robot'

Van Dijk
Van Dijk
A
A
A

VIRGIL van Dijk mengakui kesilapan Liverpool ketika tewas kepada Real Madrid dalam aksi Liga Juara-Juara tetapi berpendapat penyokong tidak boleh menjangkakan prestasi setiap pemain seperti robot.

Dalam perlawanan itu, Liverpool terlebih dahulu meledak dua gol, namun tewas 2-5 selepas Real melakukan kebangkitan dalam aksi pertama pusingan 16 terakhir di Anfield itu.

Van Dijk tidak mempertikaikan satu lagi prestasi luar biasa Real, namun pemain pertahanan itu menegaskan kesilapan boleh berlaku kerana pemain hanyalah seorang manusia.

"Dalam kempen Liga Juara-Juara, terdapat pemain berkualiti dalam semua pasukan. Mereka boleh menghukum anda dan boleh menghukum kesilapan yang anda lakukan.

"Itulah yang mereka lakukan pada separuh masa kedua, dan ia cukup jelas untuk dilihat. (Terdapat) kesilapan yang tidak sepatutnya kami lakukan, tetapi ia berlaku dalam bola sepak.

"Kami bukan robot, kadang-kadang kesilapan berlaku. Itulah kesnya. Satu-satunya perkara yang boleh kami lakukan ialah belajar daripadanya dan fokus pada yang seterusnya untuk memastikan ia tidak berlaku lagi," katanya.

Perlawanan timbal balik membabitkan kedua-dua pasukan akan berlangsung di Santiago Bernabeu pada 16 Mac depan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!