Amaran cuaca sejuk hampir 30 negeri di AS
LOS ANGELES - Amaran cuaca sejuk dikeluarkan di 29 negeri di Amerika Syarikat dengan lebih 65 juta rakyat akan mengalami kesejukan yang melampau.
Ribut beserta salji dan hujan lebat dijangka melanda sebahagian besar kawasan utara Amerika Syarikat minggu ini, Xinhua memetik laporan CBS News pada Rabu.
Rakyat Amerika Syarikat diminta bersiap sedia untuk menghadapi salji, hujan batu, angin kencang dan kemungkinan banjir kilat.
Cuaca ekstrem dijangka menganggu perjalanan dan mengakibatkan bekalan elektrik terputus di kebanyakan wilayah.
Lebih 1,400 penerbangan yang dijadualkan pada Rabu di AS telah dibatalkan, kebanyakannya membabitkan Minneapolis, Denver dan Detroit, menurut laman sesawang penjejakan FlightAware. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!