Tong gas meletup, wanita melecur hampir seluruh badan

Bahagian dapur di rumah mangsa selepas dapur gas yang mengalami kebocoran meletup.
Bahagian dapur di rumah mangsa selepas dapur gas yang mengalami kebocoran meletup.
A
A
A

GEORGETOWN - Seorang wanita melecur hampir seluruh badan selepas tong gas di rumahnya meletup dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi, Khamis.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seri Balik Pulau, PBK II Zaiful Arif Mat Ariffin berkata, mangsa melecur hampir 60 peratus akibat terkena letupan tersebut.

Menurutnya, mangsa yang berusia 55 tahun dan tinggal bersendirian ketika kejadian dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.

"Bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 9.18 pagi berhubung kejadian tersebut. Selepas menerima aduan, sepasukan bomba bergegas ke lokasi kejadian iaitu di sebuah rumah di Flat Taman Sri Bayu, Bayan Lepas.

Keadaan bilik tidur di rumah mangsa selepas berlaku letupan akibat kebocoran gas.
Keadaan bilik tidur di rumah mangsa selepas berlaku letupan akibat kebocoran gas.

"Ketika tiba di lokasi, pemeriksaan mendapati berlaku kebocoran pada tong gas memasak di rumah berkenaan menyebabkannya meletup lalu terbakar.

"Bagaimanapun, kebakaran dipadamkan orang awam sebelum bomba tiba di lokasi," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Jelasnya lagi, akibat letupan tersebut, beberapa bahagian rumah flat tersebut antaranya dapur dan bilik tidur rosak teruk.

Keadaan di rumah mangsa selepas berlaku letupan akibat kebocoran gas.
Keadaan di rumah mangsa selepas berlaku letupan akibat kebocoran gas.

"Operasi tamat pada jam 10 pagi dan siasatan lanjut masih dijalankan.

"Mangsa dilaporkan stabil dan sedang dirawat di hospital," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!