UMP Campus Pantry prihatin mahasiswa

Dr Yuserrie mengagihkan makanan percuma kepada mahasiswa yang datang ke UMP Food Pantry pada hari pertama pembukaannya, semalam.
Dr Yuserrie mengagihkan makanan percuma kepada mahasiswa yang datang ke UMP Food Pantry pada hari pertama pembukaannya, semalam.
A
A
A

KUANTAN - Program Universiti Malaysia Pahang (UMP) Campus Pantry kini dibuka menyalurkan bantuan makanan dan keperluan lain kepada mahasiswa universiti itu yang memerlukan.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMP, Profesor Datuk Dr Yuserrie Zainuddin berkata, pengurusan UMP Campus Pantry dikendalikan sukarelawan daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Kelab Penyayang UMP.

Menurutnya, program itu dijayakan melalui sumbangan makanan daripada pihak luar termasuklah bekalan bahan mentah.

“Sebahagian bekalan dimasak di masjid UMP untuk juadah mahasiswa manakala selebihnya diagihkan kepada mahasiswa yang tinggal di luar kampus.

“Bagi pengurusan pengagihan makanan yang lebih sistematik, UMP telah mewujudkan sistem bagi pendaftaran barangan atau makanan yang diterima serta rekod mahasiswa yang telah menerima barangan,” katanya pada majlis pembukaan UMP Campus Pantry, semalam.

Dr Yuserrie berkata, beliau bangga dengan kesungguhan sukarelawan staf dan mahasiswa dalam usaha mendapatkan sumbangan dan komitmen mereka dalam menjayakan program itu.

“UMP Campus Pantry beroperasi pada jam 9 pagi hingga 12 tengah hari dan pada petangnya mulai jam 2.30 hingga 4.30 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Sukarelawan UMP, Mohamad Hanif Fitri (depan, dua dari kiri) bersama mahasiswa di UMP Food Pantry di Kuantan semalam.
Sukarelawan UMP, Mohamad Hanif Fitri (depan, dua dari kiri) bersama mahasiswa di UMP Food Pantry di Kuantan semalam.

Sementara itu, Exco Kebajikan dan Perkhidmatan Pelajar Luar Kampus (Gambang), Mohamad Hanif Fitri Nordin berkata, dia terharu dengan usaha dan keprihatinan pihak universiti terhadap mahasiswa.

“Saya sendiri sentiasa bersedia membantu dalam pengurusan barang makanan dan keperluan harian ini.

“Harapnya bantuan yang disediakan ini digunakan sepenuhnya oleh mahasiswa sasaran kerana ia dapat membantu meringankan bebanan mereka,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!