MPHS sita lori buang sampah haram

MPHS menyita sebuah lori yang dikesan membuang sampah haram di Jalan KKB - Rasa Ladang Ulu Selangor
MPHS menyita sebuah lori yang dikesan membuang sampah haram di Jalan KKB - Rasa Ladang Ulu Selangor
A
A
A

HULU SELANGOR - Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) menyita sebuah lori yang dikesan membuang sampah haram di Jalan KKB-Rasa Ladang Ulu Selangor di sini.

Menurut kenyataan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu, sitaan itu dilaksanakan menerusi operasi membanteras pembuangan sampah haram melalui Jabatan Penguatkuasaan MPHS dalam kawasan PBT berkenaan.

"Tindakan ini diambil di bawah peruntukan Undang Undang Kecil 4, Undang-undang Kecil Pemugutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah-Sarap MDHS 2007," menurut kenyataan MPHS di laman Facebooknya pada Khamis.

MPHS akan terus menjalankan pemantauan rapi bagi menangani isu pembuangan sampah haram dan meminta orang ramai untuk turut menyalurkan sebarang maklumat
MPHS akan terus menjalankan pemantauan rapi bagi menangani isu pembuangan sampah haram dan meminta orang ramai untuk turut menyalurkan sebarang maklumat

MPHS akan terus menjalankan pemantauan rapi bagi menangani isu pembuangan sampah haram dan meminta orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat.

"MPHS mengalu- alukan sebarang maklumat dari orang ramai jika terdapat sebarang bukti atau penemuan pembuangan sampah haram oleh mana - mana individu mahupun syarikat di dalam daerah Hulu Selangor," kata kenyataan itu.

Malah MPHS juga menawarkan ganjaran kepada mana-mana pengadu yang membuat laporan mengenai perkara itu sehingga tertangkapnya mereka yang tidak bertanggungjawab terbabit.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!