Jordi azam ‘rantai’ Adisak

Jordi (kiri) dan kapten TFC, Shahrul Nizam Roshani pada sidang akhbar berkenaan.
Jordi (kiri) dan kapten TFC, Shahrul Nizam Roshani pada sidang akhbar berkenaan.
A
A
A

TONGGAK pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Jordi Amat berazam untuk mengekang penyerang import Terengganu FC (TFC), Adisak Kraisorn pada aksi Sumbangsih 2023 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Jumaat.

Menurut pemain berusia 30 tahun itu, Kraisorn merupakan seorang pemain yang bagus dan perlu diberikan perhatian oleh benteng pertahan skuad Harimau Selatan itu pada perlawanan berkenaan.

“Saya pernah berdepan dengannya dalam saingan Piala AFF Mitshubishi Elektric 2022 lalu...dia (Adisak), memang seorang pemain yang bagus.

“Kami juga sudah menonton rakaman video mengenai mereka (TFC) dan kami dapati sama ada mereka menggunakan formasi 5-3-2 atau 4-4-2, mereka tetap merupakan pasukan yang berkualiti.

“Oleh itu, kami perlu bersedia dengan beraksi sebaik mungkin bagi memenangi perlawanan sulung musim ini,” katanya pada Khamis.

Untuk rekod, kedua-dua pemain pernah berdepan antara satu sama lain pada aksi Piala AFF Mitsubshi 2022 lalu dalam aksi ketiga Kumpulan A yang menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Sementara itu, Jordi berkata, kesemua pemain kini dilihat bersedia untuk berdepan cabaran getir daripada TFC Jumaat ini seterusnya memenangi perlawanan.

Malah katanya, dia yakin skuad Harimau Selatan itu mampu untuk merealisasikan kemenangan berkenaan berikutan perkembangan semasa pasukan.

“Pasukan ini (JDT), semakin baik dari sehari ke sehari dan turut memiliki ramai pemain yang bagus-bagus.

“Kekuatan utama kita adalah dari segi intesiti dan oleh itu, esok (Jumaat), saya yakin untuk kita perlu memenangi trofi yang ‘istimewa’ ini,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!