Karakter bersahaja, tenang 'cikgu' Fadhlina curi tumpuan

Fadhlina ketika menggulung perbahasan titah diraja bagi kementerian pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen pada Khamis. - Foto: Bernama
Fadhlina ketika menggulung perbahasan titah diraja bagi kementerian pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen pada Khamis. - Foto: Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Suasana Dewan Rakyat yang agak hambar pada Khamis digamatkan dengan karakter 'cikgu' oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mencuri tumpuan.

Fadhlina ketika sesi menggulung perbahasan Titah Diraja secara berseloroh meminta mana-mana ahli Parlimen yang disebut nama iaitu merujuk kepada soalan-soalan yang telah dibangkitkan, supaya mengangkat tangan ketika dipanggil.

"Jelebu ada? tidak ada. Sik ada? baik...ahli yang berhormat, yang saya panggil, angkat tangan ya supaya saya boleh catatkan kehadiran.

No Image Caption

"Senang saya nampak siapa yang hadir untuk saya jawab soalan," katanya.

Situasi itu mengundang reaksi seorang ahli Parlimen yang melaungkan 'macam cikgu' sambil disambut dengan suara ketawa dalam Dewan Rakyat.

Beberapa reaksi Fadhlina (PH-Nibong Tebal) yang tenang dan bersahaja ketika mengawal celahan daripada ahli-ahli Parlimen lain juga turut mencuit hati.

No Image Caption

Pada akhir sesi juga seorang ahli Parlimen sempat mengajuk dialog 'terima kasih cikgu' dalam rancangan animasi popular Upin Ipin.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!