Penyelamat Malaysia tiba dari Turkiye
23 Februari 2023 05:09pm
Masa membaca: 4 minit
Warga Turkiye di Malaysia meluangkan masa menyambut ketibaan anggota Kumpulan Kedua (MAS-10) Pasukan Mencari dan Menyelamat Malaysia (SAR) dengan membawa banting tertera 'Terima Kasih Malaysia' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.
Anak kecil warga Turkiye memberikan sejambak bunga kepada salah seorang anggota penyelamat Malaysia bagi menyambut ketibaan Anggota Kumpulan Kedua (MAS-10) Pasukan Mencari dan Menyelamat Malaysia (SAR) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.
ANGGOTA Kumpulan Kedua (MAS-10) Pasukan Mencari dan Menyelamat Malaysia (SAR) selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.
Ketibaan anggota kumpulan itu turut disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali.