Ketua perunding Perjanjian Oslo meninggal dunia
RAMALLAH - Ketua perunding Perjanjian Oslo, Ahmed Qorei yang juga bekas Perdana Menteri Pihak Berkuasa Palestin telah meninggal dunia ketika berumur 85 tahun.
Sumber yang rapat dengan keluarga Ahmed berkata, sebelum ini beliau mengalami jangkitan yang memerlukan rawatan di hospital dan selepas itu kesihatannya merosot dengan cepat.
Ahmed dilahirkan pada 26 Mac 1973 di Abu Dis, sebuah bandar berhampiran Baitulmaqdis.
Beliau memegang beberapa jawatan dalam Pihak Berkuasa Palestin (PA) termasuk sebagai Perdana Menteri sebanyak dua kali dari tahun 2003 hingga 2006 dan 2006 hingga 2007.
Presiden Palestin, Mahmud Abbas memberi penghormatan kepada Ahmed dengan menggelarkan beliau sebagai 'pejuang' yang tidak mengenal erti lelah demi negara tersebut.
Ahmed memulakan kerjaya politiknya pada tahun 1960-an dan berkhidmat sebagai ahli Parlimen Jordan. Pada 1970-an, beliau menjadi ahli Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dan terbabit dalam rundingan dengan pegawai Israel.
Pada tahun 1993, beliau memainkan peranan dalam rundingan yang ditaja Rumah putih sehingga membawa kepada perjanjian damai antara Palestin dan Israel semasa di bawah pemerintahan Presiden Yasser Arafat dan Perdana Menteri Israel, Yitzhak Rabin. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!