Belanjawan 2023: Harapan tinggi rakyat Malaysia

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Pembentangan Belanjawan 2023 bakal memberi harapan tinggi buat rakyat Malaysia khususnya kelulusan pengeluaran daripada tabung Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Menerusi komentar pengguna Arifis MH di laman Facebook Sinar Harian berkata, harapan bagi pembentangan Belanjawan 2023 kali ini agar kerajaan meluluskan cadangan pengeluaran kecemasan dalam KWSP secara bersasar.

Ujarnya, pengeluaran wang tersebut bagi membantu golongan yang perlu mendapatkan rawatan perubatan dan pendidikan.

“Sejauh manakah kemampuan kerajaan untuk membantu golongan pencarum KWSP yang sudah tidak lagi mencarum kerana tidak dapat bekerja akibat masalah kesihatan contohnya.

“Ramai pencarum dan bekas pencarum yang sangat memerlukannya demi kelangsungan hidup sepertimana kajian yg telah dibuat PGIRM,” katanya pada Jumaat.

Selain itu, Noreha turut berharap, pengeluaran KWSP dapat diluluskan dengan kadar segera.

“Semoga terbuka hati Perdana Menteri kita untuk pengeluaran KWSP. Semoga Allah permudahkan urusan kita petang nanti,” ujarnya.

Dalam pada itu, komen daripada Azte berkata, selain pengeluaran KWSP dia juga berharap pembentangan belanjawan kali ini memberi tumpuan kepada penurunan harga barang, penurunan minyak dan juga kenaikan gaji penjawat awam serta swasta.

“Perkara utama yang perlu dititikberatkan ialah OPR rumah dan kereta dikurangkan, bantuan Rahmah dinaikkan kepada yang tiada pendapatan tetap dan naikkan elaun petani, nelayan, peneroka getah dan sawit,” katanya.

Walaupun begitu, komen Mohd Kamal yang yang turut bersetuju sekiranya pihak kerajaan tidak menaikkan kadar cukai dan memperbanyakkan bantuan kepada rakyat khususnya golongan nelayan yang perlu dibela.

“Perkara utama belanjawan kali ini pastikan ianya untuk rakyat yang pertamanya pengeluaran EPF dan kedua pengurangan harga barang.

“Kerajaan juga tidak menaikkan kadar cukai sewenangnya dan perbanyakkan bantuan kepada rakyat serta golongan nelayan perlu dibela,” ujarnya.

Selain itu, Wahid Rashid menerusi komen berkata, tumpuan Belanjawan 2023 hari ini rakyat turut berharap sekiranya pihak kerajaan meningkatkan kadar bonus kepada penjawat awam.

“Terima kasih kerana memperkenalkan bonus untuk penjawat awam dulu. Semoga bonus tersebut dapat ditingkatkan pada bajet kali ini,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!