DBKL sita motosikal halang laluan

Sembilan motosikal berkenaan telah dialihkan ke Depoh Simpanan Tunda Kenderaan DBKL Jalan Pahang untuk tindakan lanjut. Sumber - DBKL
Sembilan motosikal berkenaan telah dialihkan ke Depoh Simpanan Tunda Kenderaan DBKL Jalan Pahang untuk tindakan lanjut. Sumber - DBKL
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sembilan motosikal diparkir menghalang laluan pejalan kaki, kaki lima premis dan ingkar papan tanda larangan parkir kenderaan di Jalan Bangsar, di sini disita Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Tindakan sita itu diambil Pegawai Penguatkuasa dan Warden Trafik Jabatan Penguatkuasaan DBKL berdasarkan Tindakan Khas Angkut Kenderaan dan Kompaun Premis Buat Halangan Tempat Awam.

DBKL dalam satu kenyataan turut memaklumkan sembilan motosikal berkenaan telah dialihkan ke Depoh Simpanan Tunda Kenderaan DBKL Jalan Pahang untuk tindakan lanjut termasuk pengeluaran notis kompaun dan tahanan sementara.

"35 notis kompaun pelbagai kesalahan lalu-lintas lain turut dikeluarkan dan empat notis kompaun terhadap empat premis yang melakukan halangan trend perniagaan di luar premis serta premis yang menumpahkan cecair minyak hitam di tempat awam semasa operasi dijalankan.

"Tindakan penguatkuasaan dilakukan menerusi kesalahan di bawah, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974, Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959," kata kenyataan itu di laman Facebook DBKL pada Jumaat.

Dalam pada itu, dalam kenyataan yang sama DBKL mengingatkan pengguna jalan raya dan pemilik premis dalam kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu agar mematuhi peraturan dan isyarat lalu-lintas yang ditetapkan DBKL.

"Pengguna lalu lintas perlu memastikan kenderaan iaitu motosikal atau kereta diletakkan di tempat sepatutnya tanpa menghalang dan mengganggu pejalan kaki atau kelancaran lalu-lintas," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!