'Sempurnakan tanggungjawab dengan baik' - Anwar

Anwar bertolak dari Kementerian Kewangan ke Parlimen untuk pembentangan Belanjawan 2023 Malaysia Madani pada Jumaat. - Foto Bernama
Anwar bertolak dari Kementerian Kewangan ke Parlimen untuk pembentangan Belanjawan 2023 Malaysia Madani pada Jumaat. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Selepas 26 tahun, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat kembali lagi ke Dewan Rakyat bagi membentangkan Belanjawan 2023 di bawah Kerajaan Perpaduan pimpinannya yang dijadual pada 4 petang ini.

Kemunculan semula Anwar yang juga Menteri Kewangan dalam pembentangan belanjawan pertama Kerajaan Perpaduan selepas kabinet dibentuk pada 2 Disember lepas pastinya dinanti-nantikan selepas kali terakhir beliau memegang portfolio itu pada tahun 1998.

Ditanya perasaannya selepas 26 tahun kembali membentangkan belanjawan, Anwar ketika ditemui pemberita di Kementerian Kewangan sebelum bertolak ke Parlimen hari ini secara ringkas berkata: "Sempurnakan tanggungjawab dengan baik”.

Perdana Menteri yang berpakaian baju Melayu lengkap berwarna biru muda bersamping yang dihasilkan oleh Penjara Penor, Pahang dan bersongkok serta memakai capal dari Kepala Batas dilihat membawa beg fail warna hitam bermotif corak tenunan Sarawak yang berisi teks ucapan pembentangan Belanjawan 2023 sebelum meninggalkan Kementerian Kewangan pada 3.07 petang ke Parlimen.

Anwar diiringi Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Steven Sim Chee Keong serta Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) Datuk Johan Mahmood Merican.

Terdahulu, sebelum memulakan perjalanan, Pegawai Hal Ehwal Islam Kementerian Kewangan Ustaz Mohamad Zukrillah Ismail mengetuai bacaan doa bagi mendapatkan keberkatan.

AKAN MENYUSUL

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!