[VIDEO] Hutang negara cecah RM1.2 trilion pada 2023

Anwar
Anwar
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan memilih membentangkan Belanjawan 2023 dengan memaparkan fakta sebenar tanpa mengaburi minda rakyat dengan data yang memukau.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, belanjawan dinamakan Belanjawan Madani itu adalah cerminan prinsip pertanggungjawaban dan sistem nilai yang luhur yang mampu mendepani cabaran semasa termasuk tentangan ekonomi global yang tidak menentu.

"Kerajaan mewarisi bebanan hutang yang terlalu tinggi, hutang negara akan menjangkau RM1.2 trilion atau lebih 60 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi 2023.

"Jika hutang dan liabiliti kita mencecah RM1.5 trilion atau 81 peratus KDNK, bayaran khidmat hutang sahaja mencecah RM46 bilion atau 16 peratus dari hasil iaitu melebihi had maksimum 15 peratus selama ini diamalkan.

"Saya tekankan RM46 bilion ini hanya untuk kadar faedah atau bunga pinjaman, bukan leraikan hutang lapuk atau hutang pokok," katanya yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!