Anwar umum belanjawan terbesar dalam sejarah negara

Anwar menunjukkan beg yang mempunyai dokumen Belanjawan 2023 sebelum bergerak menuju ke Bangunan Parlimen dari Kementerian Kewangan pada Jumaat. - Foto Bernama
Anwar menunjukkan beg yang mempunyai dokumen Belanjawan 2023 sebelum bergerak menuju ke Bangunan Parlimen dari Kementerian Kewangan pada Jumaat. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan Belanjawan 2023 sebanyak RM388.1 bilion.

Jumlah tersebut lebih tinggi berbanding belanjawan yang diumumkan ketika pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri pada Oktober tahun lalu iaitu sebanyak RM372.3 bilion.

Ini sekali gus menjadikan ia sebagai belanjawan terbesar negara setakat ini.

Sementara belanjawan bagi tahun 2022 ialah sebanyak RM332 bilion dan bagi tahun 2021 berjumlah RM322 bilion.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!