Khazanah Nasional terajui pembentukan Tabung Warisan Negara

Khazanah Nasional Bhd
Khazanah Nasional Bhd
A
A
A

KUALA LUMPUR - Khazanah Nasional Bhd akan menerajui pembentukan Tabung Warisan Negara untuk menarik penyertaan swasta bagi memulihkan bangunan-bangunan warisan bersejarah.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini termasuk usaha pembangunan semula Bangunan Sultan Abdul Samad dan Carcosa Seri Negara dengan kerjasama syarikat ThinkCity.

"Syarikat ThinkCity juga akan bekerjasama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mengambil bahagian dalam usaha memaknakan semula kehidupan di pusat bandar melalui projek pengindahan lokasi tumpuan serta mengankat potensi aset bersejarah dan kebudayaan.

"Sejumlah RM30 juta disediakan antaranya juga untuk meningkatkan daya hinu perumahan awam di Kuala Lumpur,” kata beliau ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Pada masa sama, Anwar berkata, kerajaan juga akan menyalurkan peruntukan RM50 juta kepada Melaka dan Pulau Pinang untuk terus kekal dalam pemuliharaan tapak warisan dunia yang diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!