Kadar cukai pendapatan M40 dikurangkan

Kerajaan bersetuju menambah pendapatan boleh guna M40 melalui pengurangan kadar cukai pendapatan individu bagi memberi lebih manfaat kepada golongan tersebut. - Foto 123RF
Kerajaan bersetuju menambah pendapatan boleh guna M40 melalui pengurangan kadar cukai pendapatan individu bagi memberi lebih manfaat kepada golongan tersebut. - Foto 123RF
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju menambah pendapatan boleh guna M40 melalui pengurangan kadar cukai pendapatan individu bagi memberi lebih manfaat kepada golongan tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia sebagai penghargaan kepada golongan M40 yang menunjukkan kesabaran mereka meski terhimpit dengan kenaikan kos sara hidup yang mencengkam.

"Sementara M40 mendapat manfaat daripada pengurangan kadar cukai, kerajaan akan menaikkan kadar cukai bagi mereka yang berpendapatan tinggi antara 0.5 sehingga 2 peratus melibatkan banjaran lebih RM100,000 hingga RM1 juta.

"Namun, kurang daripada 150,000 pembayar cukai akan dikenakan cukai yang lebih tinggi," katanya yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Tambah beliau, bermula 2023, kadar cukai pendapatan individu pemastautin juga dikurangkan sebanyak dua peratus melibatkan banjaran lebih RM35,000 hingga RM100,000.

"Pengurangan ini dijangka dapat memberikan kira-kira 2.4 juta pembayar cukai dengan lebihan pendapatan boleh guna sehingga RM1,300.

"Melalui pendekatan ini, langkah itu melibatkan pengurangan hasil cukai bersih kerajaan sebanyak RM900 juta untuk manfaat rakyat khususnya M40," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!