Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

[WAWANCARA EKSKLUSIF] Wanita tak menang kerana tak diberi peluang

26 Februari 2023 | Wawancara
A
A
A
[WAWANCARA EKSKLUSIF] Wanita tak menang kerana tak diberi peluang

Peratusan anggota wanita dalam jemaah menteri Kabinet di bawah naungan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebanyak 17.9 peratus membuktikan ia tidak mencapai sasaran sekurang-kurangnya 30 peratus wanita.

Hasil kajian pasca PRU15 juga menyaksikan peratus perwakilan wanita dalam Dewan Rakyat menurun dari 14.9 peratus kepada 13.5 peratus.

Apakah ini bermakna golongan wanita dilihat tidak layak menjadi pemimpin?

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, semuanya disebabkan oleh budaya masyarakat di negara kita.

Katanya, pengundi negara ini lebih memilih parti daripada pemimpin wanita walaupun mereka seorang yang berwibawa dan berperwatakan hebat.

Banyak lagi isu yang dikongsi Ahli Parlimen Santubong itu, terutama perjuangannya membela wanita, kanak-kanak serta golongan kurang upaya dan tidak bernasib baik.

Saksikan Wawancara Eksklusif, Ahad, 26 Februari 2023, jam 2 petang hanya di semua platform media sosial Sinar Harian.

Muzik: Restless Sea by Letra - https://artlist.io/song/102498/restless-sea

#WawancaraEksklusif #SinarHarian #NancyShukri