14 maut insiden tanah runtuh di Colombia
BOGOTA - COLOMBIA. Sekurang-sekurangnya 14 orang dilaporkan maut manakala lima yang lain cedera ekoran kejadian tanah runtuh di Colombia, semalam.
Pihak berkuasa memaklumkan, dalam kejadian awal pagi di daerah Rosas itu, lapan buah rumah telah tertimbus.
Operasi menyelamat sedang giat dijalankan bagi mencari mangsa yang mungkin masih terperangkap.
Agensi pengurusan bencana berkata, insiden tanah runtuh terbabit disebabkan oleh hujan lebat yang melanda sejak beberapa minggu lalu. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!