Emas diniagakan rendah minggu depan

Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan pada aliran penurunan berikutan kekurangan pemangkin pasaran untuk meningkatkan permintaan. - Gambar hiasan
Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan pada aliran penurunan berikutan kekurangan pemangkin pasaran untuk meningkatkan permintaan. - Gambar hiasan
A
A
A

KONTRAK niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan pada aliran penurunan berikutan kekurangan pemangkin pasaran untuk meningkatkan permintaan, kata peniaga.

Katanya, pelabur akan turut memantau data inflasi harga Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat untuk membuat keputusan perdagangan.

PCE AS akan menetapkan tahap untuk kemas kini unjuran rasmi Rizab Persekutuan (Fed) AS pada mesyuarat mereka pada 22 Mac.

Bagi minggu baru berakhir, niaga hadapan emas domestik diniagakan kebanyakannya rendah sepanjang minggu ini.

Secara keseluruhannya, sebanyak 296 lot dicatatkan sepanjang minggu ini.

Pada asas mingguan, bulan semerta Februari 2023 merosot kepada AS$1,822.50 bagi setiap auns troy daripada AS$1,824.20 bagi setiap auns troy dan Mac 2023 berkurangan kepada AS$1,828.70 bagi setiap auns troy daripada AS$1,830.90 bagi setiap auns troy, minggu lepas.

April 2023, Mei 2023, Jun 2023 dan Ogos 2023, masing-masing pada AS$1,838.10 bagi setiap auns troy.

Harga emas fizikal berada pada AS$1,826.05 bagi setiap auns troy seperti yang diterbitkan oleh Persatuan Pasaran Jongkong London (LBMA) semasa penetapan tengah hari pada 23 Februari 2023. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!