EU kenakan pakej sekatan baharu ke atas Rusia

EU pada Jumaat meluluskan sekatan baharu terhadap Rusia melibatkan larangan perdagangan baharu serta kawalan eksport ke atas produk dan teknologi yang boleh digunakan untuk tujuan awam dan ketenteraan. - Foto hiasan 123rf
EU pada Jumaat meluluskan sekatan baharu terhadap Rusia melibatkan larangan perdagangan baharu serta kawalan eksport ke atas produk dan teknologi yang boleh digunakan untuk tujuan awam dan ketenteraan. - Foto hiasan 123rf
A
A
A

BRUSSELS - Negara anggota Kesatuan Eropah (EU) pada Jumaat meluluskan sekatan baharu terhadap Rusia melibatkan larangan perdagangan baharu serta kawalan eksport ke atas produk dan teknologi yang boleh digunakan untuk tujuan awam dan ketenteraan.

Menurut Sweden selaku presiden EU: "Hari ini, EU meluluskan pakej sekatan ke-10 terhadap Rusia" sempena ulang tahun pertama perang Rusia terhadap Ukraine.”

Pakej baharu itu mengenakan sekatan eksport yang lebih ketat ke atas produk dwiguna dan teknologi termasuk sekatan terhadap individu dan organisasi yang menyokong peperangan dan menyebarkan propaganda atau menghantar kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) gred tentera ke Rusia.

Maklumat lanjut mengenai sekatan baharu itu masih belum diumumkan.

Sebelum ini, EU telah meluluskan pakej sekatan merangkumi peranti elektronik, kenderaan khas, perlatan mesin dan enjin, alat ganti trak dan enjin jet selain produk seperti antena atau kren. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!