Musim menuai padi
Sebuah jentera pemotong padi digunakan untuk menuai padi di sebuah kawasan sawah padi ketika tinjauan di Kampung Maras hari ini.
Dalam masyarakat petani tradisional, musim ini dikenali juga sebagai musim mengerat. Musim ini kebiasaannya jatuh pada musim kemarau. Bagi mendapatkan hasil padi, beberapa kaedah tradisi telah digunakan seperti mengetam dan mengerat.
Kaedah ini merupakan satu proses untuk mendapatkan buah padi. Susulan dengan perkembangan arus moden, padi dituai dengan menggunakan mesin jentera.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!