800 keluarga terima manfaat Smart Sewa

Amirudin (kiri) menyampaikan surat tawaran Rumah Selangorku kapada salah seorang penerima pada Jelajah Kita Selangor Penyayang di Taman Melawati di sini pada Sabtu.
Amirudin (kiri) menyampaikan surat tawaran Rumah Selangorku kapada salah seorang penerima pada Jelajah Kita Selangor Penyayang di Taman Melawati di sini pada Sabtu.
A
A
A

HULU KELANG - Kerajaan negeri berhasrat memperluaskan lagi program Smart Sewa khususnya di kawasan rumah kos rendah bagi memberi manfaat kepada lebih ramai rakyat Selangor.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sebanyak 1,000 unit disediakan di bawah program tersebut yang 800 daripadanya telah diduduki.

Menurutnya, program tersebut mendapat maklum balas positif daripada masyarakat kerana menguntungkan dan bersifat mampan.

"Peserta program sangat gembira kerana selepas tamat kontrak Smart Sewa antara dua hingga lima tahun, mereka akan dapat pulangan 30 peratus daripada jumlah sewa yang telah dibayar.

"Program ini juga mampan apabila walaupun ketika pandemik Covid-19, kutipan sewa diterima adalah hampir 90 ke 95 peratus.

"Kutipan sewa juga disekalikan dengan bil penyelenggaraan yang secara automatik wang tersebut dapat digunakan untuk urus dan baiki kemudahan sedia ada," katanya pada program Jelajah Kita Selangor Penyayang di Taman Melawati di sini pada Sabtu.

Pada majlis itu, beliau menyampaikan surat tawaran Rumah Selangorku bagi Pangsapuri Seri Damai (Skim Smart Sewa) dan Pangsapuri Aman Siara.

Amirudin (depan, dua dari kanan) bergambar bersama para penerima Rumah Selangorku.
Amirudin (depan, dua dari kanan) bergambar bersama para penerima Rumah Selangorku.

Amirudin yang juga ahli Parlimen Gombak berkata, ketika ini program Smart Sewa dilaksanakan di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan pelbagai rumah yang diperoleh hasil kerjasama dengan beberapa pemaju.

Ujarnya, kerajaan negeri akan berbincang dengan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk menilai semula sistem perumahan di bawah kementerian itu di Selangor.

"Ia supaya sistem Smart Sewa boleh dilanjutkan dan dikembangkan di rumah kos rendah lain.

"Program ini terbukti mempunyai prestasi kutipan sewa yang baik dan kadar servis juga baik malah kemudahan juga dapat dijaga kerana bil penyelenggaraan dibayar," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!