Belanjawan 2023: 'Jangan hanya cakap kosong' - PRM

PRM mengharapkan agar Belanjawan 2023 yang dibentangkan kerajaan dapat dilaksanakan dengan baik. Gambar kecil: Tan Kang Yap
PRM mengharapkan agar Belanjawan 2023 yang dibentangkan kerajaan dapat dilaksanakan dengan baik. Gambar kecil: Tan Kang Yap
A
A
A

SHAH ALAM - Belanjawan 2023 yang dibentangkan pada Jumaat diharap dapat dilaksanakan dengan baik agar tidak menjadi 'cakap' kosong kerajaan.

Ketua Penerangan Parti Rakyat Malaysia (PRM), Tan Kang Yap berkata, walaupun beberapa cadangan yang kemukakan dapat diterapkan dalam peruntukan berkenaan, namun terdapat beberapa perkara yang perlu diperbaiki.

"Dari segi penambahan pendapatan hasil cukai, kerajaan mengenai Cukai Barangan Mewah terhadap golongan T20 (berpendapatan tinggi), tetapi tidak mengenakan cukai kemakmuran dari sektor yang mendapat keuntungan melampau.

"Ini tidak akan mendatangkan pendapatan hasil cukai yang ketara kepada negara dan dari segi pendigitalan pula, tiada polisi belanjawan kepada syarikat komunikasi untuk menaik taraf pendigitalan agar lebih laju dan murah.

"Bantuan kewangan pendidikan pula tidak dinyatakan dengan jelas pembahagian mengikut aliran, ia agak kurang jelas," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Menerusi Belanjawan 2023, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM388.1 bilion dengan RM289.1 bilion untuk belanja mengurus, RM99 bilion bagi belanja pembangunan termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka.

Kementerian Pendidikan dilapor menerima peruntukan tertinggi iaitu sebanyak RM55.2 bilion berbanding RM52.6 bilion pada tahun 2022.

Dalam pada itu Kang Yap berkata, beberapa cadangan juga berjaya disertakan dalam Belanjawan 2023 antaranya pembangunan infrastruktur sebagai usaha menambah peluang pekerjaan serta menambah pendapatan yang boleh dibelanjakan bagi merangsang ekonomi.

Selain itu katanya, kerajaan turut memahami tentangan PRM mengenai polisi populis pengeluaran wang simpanan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

"Wang KWSP adalah wang masa depan rakyat yang bakal diguna untuk penjagaan masa tua. Sekira diizinkan oleh dana negara, kerajaan bertanggungjawab membantu rakyat," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!