Bayar RM65, nikmati 200 hidangan di Restoran Zende, Hotel Seri Pan Pacific

Cef Saad dari Dapur Sajian Melayu bersama menu istimewa yang dimasaknya
Cef Saad dari Dapur Sajian Melayu bersama menu istimewa yang dimasaknya
A
A
A
ANDA buntu untuk makan tengah hari di mana? Apa kata keluarkan sedikit bajet dengan menikmati hidangan ala-ala kampung di Restoran Zende, Hotel Seri Pan Pacific, Kuala Lumpur.

Jika tekak anda mahu merasa makanan ala Barat, Cina atau India pula, Restoran Zende juga pilihan yang tepat.

Selaku hotel bertaraf lima bintang, mereka menyediakan semua gabungan rasa demi memenuhi selera penduduk Malaysia yang pelbagai.

Tidak terhenti setakat di situ, penulis teruja dengan keenakan sajian mamak seperti mi gorengnya.

Suasana restoran yang luas dan selesa
Suasana restoran yang luas dan selesa

Menariknya lagi, cef hotel menambah beberapa hirisan ayam, sedikit udang dan telur bagi menjadikan hidangan mi itu bertambah mengiurkan.

Seratus peratus dijamin sedap! Antara menu popular lain yang mendapat tempat di hati pelanggan adalah telur itik dan daging salai masak lemak cili api, nasi ayam Hainan dan kambing disalut lada hitam.

Secara keseluruhannya, Restoran Zende membahagikan jenis makanan mengikut seksyen-seksyen khas. Antaranya nasi, lauk-pauk, sup, pasta, salad, pencuci mulut seperti kuih-muih, buah-buahan dan sebagainya.

Artikel Berkaitan:

Percayalah, pada harga RM65, anda boleh menikmati hampir 200 hidangan. Memang tidak rugi lebih-lebih kepada anda yang memang suka makan!

Menariknya, kesemua menu ini akan bertukar setiap hari.

Orang ramai boleh menikmati bufet tengah hari ini bermula pukul 12.30 tengah hari hingga pukul 4 petang.

Daging salai masak lemak cili api
Daging salai masak lemak cili api



Kambing disalut lada hitam penambah selera
Kambing disalut lada hitam penambah selera



Masakan udang yang menyelerakan
Masakan udang yang menyelerakan



Pasembur
Pasembur



Kek sebagai pencuci mulut
Kek sebagai pencuci mulut



Kuih lapis yang enak
Kuih lapis yang enak



Pelbagai jenis mi boleh dinikmati pelanggan
Pelbagai jenis mi boleh dinikmati pelanggan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!