Penyakit insomnia punca penyakit jantung di kalangan wanita

Golongan wanita berisiko diserang jantung jika mengalami masalah gangguan tidur atau insomnia. - Agensi
Golongan wanita berisiko diserang jantung jika mengalami masalah gangguan tidur atau insomnia. - Agensi
A
A
A

NEW YORK - Satu kajian baharu mendapati golongan wanita yang mengalami penyakit insomnia atau gangguan tidur mungkin mengalami risiko serangan jantung, lapor CNN.

Penyelidik menulis dalam laporan mereka bahawa 10 peratus hingga 15 peratus penduduk di Amerika Syarikat (AS) mengalami insomia.

Meta-analisis yang diterbitkan sebelum ini dalam jurnal Clinical Cardiology menunjukkan bahawa potensi hubungan antara insomnia dan risiko serangan jantung berlaku kepada golongan wanita.

Pengarah pencegahan di Institut Jantung Cedars-Sinai Smidt, Dr Martha Gulati berkata, kebanyakan pesakitnya adalah wanita dan insomnia berisiko kepada wanita yang mempunyai bentuk penyakit jantung iskemia.

"Insomnia sebenarnya penyakit biasa. Kami melihat satu dalam 10 pesakit di AS," kata Gulati yang tidak terbabit dalam penyelidikan baharu itu.

Bagi meneruskan analisis itu, penyelidik dari institusi perubatan di Mesir, Arab Saudi dan Pakistan serta Universiti Perubatan SUNY dan Universiti Perubatan Harvard di AS mendefinisikan insomnia sebagai gangguan tidur dengan tiga gejala utama.

Gelaja itu seperti kesukaran tidur, bangun awal dan tidak dapat tidur dan kesukaran tidur nyenyak tempoh lama.

Penganalisis memasukkan data sejak 11 tahun yang diambil daripada 1,185,256 orang dewasa di AS, United Kingdom, Norway, Jerman, Taiwan dan China. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!