Azizulhasni sambar pingat perak

Azizulhasni (kiri) bersama Lavreysen (tengah) dan Yakovlev berada di podium selepas majlis penyampaian pingat di Velodrom Antarabangsa Jakarta sebentar tadi. - FOTO: EPA
Azizulhasni (kiri) bersama Lavreysen (tengah) dan Yakovlev berada di podium selepas majlis penyampaian pingat di Velodrom Antarabangsa Jakarta sebentar tadi. - FOTO: EPA
A
A
A

JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang mempamerkan kayuhan bertenaga apabila menyambar pingat perak acara keirin pada Piala Negara-Negara UCI di Jakarta, Indonesia sebentar tadi.

Dalam perlumbaan yang berlangsung di Velodrom Antarabangsa Jakarta itu, Azizulhasni hanya ketinggalan 0.024 saat (s) di belakang pemenang pingat emas, Harrie Lavreysen dari Belanda.

Pingat gangsa dimenangi pelumba dari Israel, Mikhail Yakovlev yang menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 10.423s.

Keputusan yang diraih Azizulhasni itu masih dianggap baik memandangkan dia kembali membuat penampilan di pentas antarabangsa kompetitif sejak menjalani pembedahan jantung tahun lalu.

Dalam pada itu, seorang pelumba lagi negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom gagal menamatkan perlumbaan akhir keirin selepas mengalami kemalangan dengan pelumba Australia, Sam Dakin.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!