Gempa bumi kuat landa Rantau New Britain

Gempa bumi kuat berukuran 6.2 pada skala Richter melanda Rantau New Britain, Papua New Guinea (PNG) pada 5.24 pagi tadi.
Gempa bumi kuat berukuran 6.2 pada skala Richter melanda Rantau New Britain, Papua New Guinea (PNG) pada 5.24 pagi tadi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat berukuran 6.2 pada skala Richter melanda Rantau New Britain, Papua New Guinea (PNG) pada 5.24 pagi tadi.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa dengan kedalaman 61 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 77 km barat daya dari Kimbe, PNG.

Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu. - Bernama.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!