'Arsenal patut menang besar' - Arteta

Arteta - Foto: EPA
Arteta - Foto: EPA
A
A
A

MIKEL Arteta memuji pada pemainnya selepas melakar kemenangan penting 1-0 ke atas Leicester City untuk membolehkan pasukan itu terus kekal berada di kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris (EPL).

Gol Gabriel Martinelli seminit selepas babak kedua bersambung memastikan kemenangan The Gunners dalam perlawanan sengit di Stadium King Power itu.

"Saya fikir untuk tempoh masa kami menguasai bola dan jumlah peluang yang kami cipta, kami sepatutnya boleh menjaringkan lebih banyak gol.

"Apabila anda tidak melakukannya (menyudahkan peluang), maka anda perlu bekerja keras untuk bertahan melalui serangan bals lawan.

"Namun, perlawananan ini sangat hebat kerana ia adalah tempat yang sangat sukar untuk datang ke sini dan menang. Kami telah melakukannya dan ia adalah kemenangan besar.

"Jelas sekali, kami mahu bermula dengan pantas pada separuh masa kedua dan mula bangkit semula. Ia adalah masa yang sangat baik untuk memberikan kelebihan kepada kami," katanya.

Leandro Trossard berpeluang untuk memecahkan kebuntuan pada separuh masa pertama, namun golnya dibatalkan selepas pertahanan Arsenal, Ben White terlebih dahulu dilihat mengasari penjaga gol Leicester, Danny Ward.

Bagaimanapun, Arteta enggan mengulas mengenai keputusan itu sebaliknya lebih menumpukan kunjungan Everton ke Emirates pada Khamis.

"Saya tidak tahu, saya tidak melihat ulang tayang. Keputusan sudah dibuat, apa yang boleh kami lakukan?

"Kami berfikir tentang perlawanan seterusnya, Liga Perdana adalah sangat sukar. Perlawanan seterusnya kami akan menentang Everton.

"Kami perlu membuat persediaan dengan sangat baik, bermain dengan baik dan menjadi sangat dominan dalam permainan untuk mendapatkan kemenangan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!