Gempa bumi kuat gegar Hokkaido, Jepun
TOKYO - Gempa bumi bermagnitud 6.1 melanda pantai Kushiro Hokkaido, di Jepun, lapor Xinua memetik agensi cuaca pada Sabtu.
Menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA), gegaran dicatatkan pada 10.27 malam waktu tempatan dan pusat gempa terletak pada 42.8 darjah utara dan 145.1 darjah timur pada kedalaman 60 kilometer.
Tiada amaran tsunami dikeluarkan. - Bernama.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!