Kanak- kanak Orang Asli bukan Islam teruja berkhatan

Seramai 35 anak masyarakat Orang Asli menyertai program berkhatan sempena Program Sinar Kedewasaan Ku Siri 2 pada Ahad.
Seramai 35 anak masyarakat Orang Asli menyertai program berkhatan sempena Program Sinar Kedewasaan Ku Siri 2 pada Ahad.
A
A
A

SEREMBAN - "Tak takut pun, seronok bersunat ramai-ramai dapat mandi air pili bomba," kata seorang anak Orang Asli suku Semelai, Maizan Ijan, 11.

Maizan merupakan seorang daripada 35 peserta anak masyarakat Orang Asli yang menyertai program berkhatan sempena Program Sinar Kedewasaan Ku Siri 2 di bawah kelolaan Bahagian Dakwah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) di sini pada Ahad.

Menariknya, anak sulung daripada dua beradik itu juga merupakan peserta bukan Islam dari suku Semelai.

Maizan
Maizan

Maizan berkata, kebanyakan rakan sekampungnya sudah selesai berkhatan, malah perkara itu bukanlah asing baginya.

Selain itu, rakannya Ijan Yopi, 17, pula mengakui tidak berasa takut langsung walaupun ada yang memaklumkan akan berasa sakit selepas ubat bius habis.

"Saya okay saja, lagipun sunat sekali seumur hidup," katanya ringkas sambil tersenyum.

Dalam pada itu, rata-rata ibu bapa dan penjaga yang ditemui menyatakan anak mereka tidak takut malah teruja untuk berkhatan beramai-ramai.

Sementara itu, Penyelaras Penggerak Masyarakat Orang Asli Negeri Sembilan (PMOA), Redzuan Ramli berkata, sambutan dari masyarakat Orang Asli amat menggalakkan meskipun ada daripada mereka yang bukan beragama Islam.

"Program pada siri ini seramai 14 orang yang bukan beragama Islam turut mengambil peluang untuk berkhatan.

"Kalau kita tengok dari segi umur paling muda lima tahun dan yang paling berusia adalah 18 tahun. Alhamdulillah kita jadikan ia sebagai program tahunan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!