Bunuh pemilik kebun: Lima lelaki warga Myanmar disambung reman

Laporan Sinar Harian pada Isnin lalu.
Laporan Sinar Harian pada Isnin lalu.
A
A
A

PORT DICKSON - Tempoh reman lima lelaki warga Myanmar yang disyaki terlibat dalam kes pembunuhan seorang pemilik kebun buah naga yang ditemui dalam keadaan kaki dan tangan berikat di Tanah Merah di sini minggu lalu disambung tujuh hari lagi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, perintah reman terhadap kelima-lima suspek berusia antara 19 hingga 49 tahun itu sepatutnya berakhir hari ini bagaimanapun disambung semula bagi melengkapkan siasatan.

"Perintah reman itu dibenarkan bersambung selama tujuh hari bermula 28 Februari sehingga 5 Mac depan.

"Sebelum ini mereka telah ditahan reman pada 20 Februari dan berakhir pada 26 Februari 2023 (hari ini)," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Media sebelum ini melaporkan, seorang pemilik kebun ditemui mati dalam keadaan kaki dan tangan berikat di sebuah kebun buah naga Site A, Tanah Merah di sini pada 18 Februari lalu dipercayai bermotifkan dendam.

Berikutan itu,dalam tempoh kurang 24 jam pihak polis berjaya menahan empat lelaki warganegara Myanmar di Shah Alam, Selangor pada jam 11.40 pagi 19 Februari lalu.

Siasatan awal terhadap suspek mereka mengaku terlibat dalam kes yang disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh manakala, seorang lagi suspek yang berusia 20 tahun berjaya ditahan di Pasar Borong Selayang, Selangor sebelum dibawa bersama untuk perintah reman.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!