Ahmad Zahid positif keputusan RoS berpihak kepada UMNO

Ahmad Zahid (kanan) semasa sidang akhbar di Kesedar, Gua Musang pada Ahad.
Ahmad Zahid (kanan) semasa sidang akhbar di Kesedar, Gua Musang pada Ahad.
A
A
A

GUA MUSANG - UMNO positif keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) berpihak pada mereka berhubung aduan usul tambahan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan melanggar Perlembagaan.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, mereka yakin akan memperolehi jawapan rasmi itu selewat lewatnya akhir minggu depan.

Menurut beliau, Setiausaha Agung, Datuk Seri Ahmad Maslan telah memberi respon kurang daripada 10 hari daripada tarikh aduan itu.

"Siri perbincangan juga telah diadakan sekurang-kurangnya tiga kali dengan Ketua Pengarah RoS dan penasihat undang-undang mereka.

"Saya yakin respon yang kita (UMNO) akan terima adalah sangat positif kerana hari ini (Ahad) adalah hari akhir untuk calon-calon yang bertanding jawatan UMNO di peringkat bahagian dan pusat akan ditutup," katanya semasa sidang akhbar pada Ahad.

Sebelum itu beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) mengadakan lawatan rasmi ke Kesedar di sini.

Menurut beliau, mereka bukanlah terlebih yakin tapi positif setelah semua peraturan diikuti dan juga fasa-fasa dalam perlembagaan termasuk Perhimpunan Agung dipersetujui semua.

Pada 9 Februari Sinar Harian melaporkan RoS memberi tempoh 60 hari kepada UMNO untuk menjelaskan berhubung aduan usul tambahan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan melanggar Perlembagaan.

"Siri perbincangan juga telah diadakan sekurang-kurangnya tiga kali dengan Ketua Pengarah RoS dan penasihat undang-undang mereka.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!