DBKL tutup premis hiburan

Premis hiburan sekitar Cheras dan Bukit Bintang yang ditutup DBKL menerusi operasi yang dijalankan.
Premis hiburan sekitar Cheras dan Bukit Bintang yang ditutup DBKL menerusi operasi yang dijalankan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menutup tiga premis hiburan di Cheras dan Bukit Bintang dalam operasi penguatkuasaan.

DBKL menerusi kemas kini di Facebook berkata, tindakan diambil kerana premis menjalankan aktiviti restoran, pub, kelab malam dan pusat hiburan yang melanggar syarat lesen.

Penguat kuasa DBKL menjalankan tugas penguatkuasaan terhadap premis hiburan yang tidak mematuhi syarat operasi ditetapkan DBKL.
Penguat kuasa DBKL menjalankan tugas penguatkuasaan terhadap premis hiburan yang tidak mematuhi syarat operasi ditetapkan DBKL.

Katanya, enam premis hiburan telah diperiksa dalam operasi yang dijalankan bermula jam 9 malam Sabtu dan berakhir jam 2 pagi Ahad.

"DBKL mengenakan tiga tindakan penutupan serta-merta dan sita peralatan di bawah Seksyen 17, Akta Hiburan 1992.

"Sebanyak tiga kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 4(1)(a) dan 4(1)(b) kerana mengadakan aktiviti hiburan (Live Band / DJ) tanpa kebenaran ) Kaedah-Kaedah Hiburan (WPKL) 1993," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Ujar kenyataan itu, DBKL turut mengenakan tindakan sita terhadap 16 pelbagai peralatan muzik di tiga premis berkenaan.

Antara peralatan muzik yang disita.
Antara peralatan muzik yang disita.

"Kesemua peralatan muzik telah dihantar ke Setor Sitaan DBKL, Jalan Lombong, Taman Miharja untuk didokumentasi dan penyimpanan sementara sebelum tindakan lanjut terhadap pemilik premis.

"Tindakan penguatkuasaan ini akan diteruskan dari semasa ke semasa mengikut kawasan tumpuan Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!