Ismail Sabri sah tidak pertahan jawatan Naib Presiden UMNO

Ismail Sabri. - Foto Sinar Harian/Rosli Talib
Ismail Sabri. - Foto Sinar Harian/Rosli Talib
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan beliau tidak mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti akan datang.

Memetik laporan media, Ismail Sabri berkata, sehingga kini beliau masih tidak menghantar borang pencalonan bagi merebut jawatan tersebut.

"Betul (tidak pertahan). Tutup pencalonan jam 5 (petang ini)...saya masih belum hantar," katanya pada Ahad.

Beliu yang juga Ahli Parlimen Bera tersebut telah menyandang jawatan tersebut bermula 20 Disember 2018 lalu.

Ismail Sabri mula mempunyai jawatan dalam parti UMBO pada tahun 1987 iaitu beliau dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa UMNO bahagian Temerloh.

Kemudian, pada tahun 1988, beliau dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO Bahagian Temerloh dan pada 1993, Ismail Sabri dipiih pula sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian.

Beliau menjadi Timbalan Ketua Bahagian pada 2001 dan menjadi Ketua UMNO Bahagian Bera pada tahun 2004 sehingga kini.

Dalam masa sama, beliau merupakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) pada 2008 hingga 2018 dan seterusnya menjadi Pengerusi Perhubungan Selangor sehingga 2019.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!