Gempa 5.1 magnitud landa Xinjiang, China

Gempa bumi berukuran 5.1 pada skala Richter menggegarkan daerah Wensu barat laut Xinjiang, China pada 7:58 pagi Isnin. - Gambar hiasan
Gempa bumi berukuran 5.1 pada skala Richter menggegarkan daerah Wensu barat laut Xinjiang, China pada 7:58 pagi Isnin. - Gambar hiasan
A
A
A

BEIJING - Gempa bumi berukuran 5.1 pada skala Richter menggegarkan daerah Wensu barat laut Xinjiang, China pada 7:58 pagi Isnin, lapor Xinhua.

Menurut Pusat Rangkaian Gempa Bumi China (CENC), pusat gempa dengan kedalaman 10 kilometer (km) dipantau pada 41.87 darjah utara dan 79.85 darjah timur.

Pusat gempa terletak 84km dari bandar Aksu. Tiada kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda dilaporkan setakat ini, menurut pihak berkuasa tempatan.

Grid kuasa tempatan, pengeluaran minyak dan gas serta perusahaan petrokimia utama dilaporkan tidak terjejas akibat gempa bumi itu, manakala pengeluaran serta operasi diteruskan seperti biasa. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!