'Cocaine Bear' catat prestasi luar biasa
FILEM komedi seram 'Cocaine Bear' berjaya mengutip AS$23.1 juta pada minggu pertama tayangan box office di Amerika Syarikat (AS).
Manakala filem terbitan Marvel, 'Ant-man and the Wasp: Quantumania' mencatatkan penurunan kutipan drastik pada minggu kedua tayangan.
Bagaimanapun, Quantumania masih lagi berada pada carta teratas dengan anggaran kutipan AS$32.3 juta di pawagam seluruh AS dan Kanada.
Namun, sequel Ant-Man tersebut merekodkan ulasan terburuk dengan skor yang dicatatkan oleh peminat dalam kalangan Marvel Cinematic Universe menurun sehingga 69.7 peratus.
Ia merupakan ulasan terburuk berbanding 'Black Widow' yang mencatatkan 67.8 peratus sebelum ini.
Filem 'Cocaine Bear' setakat ini mencatatkan prestasi luar biasa yang tidak dijangka. - Awani
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!