Dua beradik lemas dalam kolam renang

Dua beradik meninggal dunia dipercayai akibat lemas di sebuah kolam renang pada Ahad. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Yahaya Hassan)
Dua beradik meninggal dunia dipercayai akibat lemas di sebuah kolam renang pada Ahad. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Yahaya Hassan)
A
A
A

IPOH - Dua beradik meninggal dunia dipercayai akibat lemas di sebuah kolam renang di sini pada Ahad.

Dalam kejadian sekitar jam 6.10 petang itu, mangsa merupakan kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun dan adik lelakinya berusia 8 tahun.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, siasatan awal mendapati, mangsa lemas semasa berenang dalam kolam renang terbabit.

"Mangsa telah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) oleh ambulans dan disahkan kematian oleh pihak hospital.

"Bedah siasat dijalankan hari ini (Isnin) untuk mengenal pasti punca kematian," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, siasatan lanjut dijalankan terhadap kes itu termasuk sama ada mangsa pergi ke kolam berkenaan ditemani ibu bapa atau penjaga lain.

"Siasatan dilakukan di bawah Sesyen 31(1)(A) Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611) atas kesalahan mengabaikan, mendedahkan kanak-kanak dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!