Letshanaa kembali sertai BAM

K Letshanaa. - Foto FB BAM
K Letshanaa. - Foto FB BAM
A
A
A

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan pemain perseorangan wanita K Letshanaa kembali menyertai badan induk sukan itu berkuat kuasa 1 Mac ini.

BAM melalui hantaran di Facebook rasminya pada Isnin memaklumkan, pihaknya amat berbesar hati dengan keputusan dibuat pemain berpotensi berusia 20 tahun itu untuk kembali bersama skuad kebangsaan.

"Sudah pasti, beliau akan menambah dan memperkuatkan pasukan perseorangan wanita. Persatuan telah memantau dengan teliti kemajuan ketika proses pemulihan dan kagum dengan komitmen ditunjukkan.

"BAM akan bekerjasama dan membantu dalam pembangunan serta kemajuannya,” menurut kenyataan itu.

Letshanaa dilaporkan meninggalkan pasukan kebangsaan pada Februari tahun lepas, susulan kecederaan belakang dialaminya.

Semalam, Letshanaa meraih kejuaraan pertamanya musim ini selepas muncul juara perseorangan wanita pada kejohanan badminton Antarabangsa Uganda.- Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!