Cermin kereta retak dihentam serpihan tayar

Rakaman kamera papan pemuka memaparkan serpihan tayar menghentam kenderaan yang dipandu mangsa.
Rakaman kamera papan pemuka memaparkan serpihan tayar menghentam kenderaan yang dipandu mangsa.
A
A
A

SHAH ALAM - Pegawai Perhubungan Media Rasuah Busters, Asmaliza Mansor berhadapan detik cemas apabila kereta dipandunya tiba-tiba dihentam serpihan tayar di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) di sini pada Ahad.

Asmaliza berkata, dalam kejadian jam 7.12 malam itu, beliau memandu kereta jenis Toyota Vios dalam perjalanan dari rumahnya di Kapar, Klang menuju ke Kota Damansara, Petaling Jaya.

"Ketika tiba di lokasi kejadian, saya ternampak serpihan tayar itu melambung ke arah kereta dan terkena bumper, sebelum menghentam cermin kereta sehingga retak," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Keadaan cermin kereta retak.
Keadaan cermin kereta retak.

Asmaliza berkata, beliau bersyukur kerana dapat mengawal kenderaan dan tidak terbabas.

"Kejadian tersebut berjaya dirakam menerusi kamera papan pemuka (dashcam).

"Saya telah membuat laporan di Balai Polis Trafik Petaling Jaya untuk tindakan lanjut," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid ketika dihubungi mengesahkan telah menerima laporan tersebut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!