Musim mencandat: Pemilik bot raih lebih RM100,000 semusim

Rezeki melimpah musim mencandat malah pemancing turut membawa pulang hasil lumayan. (Gambar kecil: Mazoney)
Rezeki melimpah musim mencandat malah pemancing turut membawa pulang hasil lumayan. (Gambar kecil: Mazoney)
A
A
A

MARANG - Nelayan yang menjalankan perniagaan menyewa bot untuk aktiviti mencandat sotong kebiasaannya mendapat durian runtuh apabila mampu memperoleh pendapatan melebihi RM100,000 pada musim berkenaan.

Rata-rata mereka berkata, musim mencandat yang sudah pun bermula sejak awal bulan ini dengan ada pemancing mampu mendapat hasil tangkapan mencapai ratusan kilogram (kg) sotong setiap malam.

Mazoney Mamat, 46, dari Marang yang menjalankan perniagaan menyewa bot untuk pemancing berkata, ada pelanggannya yang dapat mencandat sehingga 50kg sotong satu malam.

Menurutnya, tangkapan tertinggi setakat ini ialah 130kg dan dapat dijual pada harga mencecah RM28 setiap kg di pasar utama sekiranya hasil tangkapan terlalu banyak untuk dibawa pulang.

“Itu adalah tangkapan terbaik pelanggan saya setakat ini. Mereka yang mencandat sotong di laut sebenarnya dapat duit lebih banyak berbanding saya,” katanya ditemui media di sini, hari ini.

Mazoney berkata, perniagaan menyewa bot diusahakan adalah secara bersama dengan beberapa rakan dan perkhidmatan mereka tidak lagi tersedia kerana sudah ditempah sehingga tahun depan.

Rezeki melimpah musim mencandat malah pemancing turut membawa pulang hasil lumayan.
Rezeki melimpah musim mencandat malah pemancing turut membawa pulang hasil lumayan.

Menurutnya, kadar sewaan bot dikenakan untuk aktiviti mencandat sotong pula adalah sebanyak RM1400 semalam yang bermula jam 5 petang sehingga 7 pagi hari berikutnya pada setiap hari.

Artikel Berkaitan:

"Aktiviti akan dihentikan pada Ramadan iaitu pada 4 Mei sehingga beberapa hari selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri tetapi kami tidak lagi menerima tempahan sebab sudah penuh," katanya.

Katanya, lebih 100 tempahan perkhidmatan bot diterima daripada pemancing dari luar negeri ini sepanjang musim mencandat sotong tahun ini yang bermula April hingga Oktober depan.

"Ramai pemancing dari Perak Johor dan Pulau Pinang, ada juga di kalangan mereka yang terus membuat tempahan untuk tahun depan dan setakat ini kita sudah menerima lapan tempahan bagi tahun 2020," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!